Kursus E Payroll
Panduan Payroll Untuk PKS
(POSTPONED)
Sesi kali ini akan kami kongsi tips berkaitan pengurusan payroll dan juga pengumuman mengenai kolaborasi Kakitangan.com bersama INTI University untuk memperkasakan pekerja PKS (SME) di Malaysia.
Dapatkan info penting mengenai kursus yang tersedia untuk anda.
Semua pengguna Kakitangan.com juga bakal menerima tawaran eksklusif dari INTI University.
Maklumat Kursus (ONLINE)
Sesi ini telah diubah ke tarikh lain. Kami akan umum tarikh baru.
Secara Online (Zoom)
Berikut adalah agenda:
Pengenalan
Memahami isu pemotongan gaji dan pengendalian cuti staff
Kesalahan sewaktu pemprosesan payroll yang menyebabkan penalti dan saman.
Ketahui kursus yang ditawarkan oleh INTI University untuk pekerja SME dan tawaran eksklusif hanya untuk pelanggan Kakitangan.com
Kami sedia membantu anda
Adakah anda merancang untuk memulakan perniagaan tetapi tidak pasti mengenai proses HR? Adakah anda menguruskan perniagaan tanpa mempunyai proses pembayaran gaji yang sesuai? Mari belajar selok-belok payroll, bersama pegawai KWSP yang diundang khas untuk anda!
Kepentingan Kursus Payroll
Menghadiri kursus asas penggajian dapat membekalkan HR admin atau sesiapa sahaja yang menguruskan payroll dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan tugas dengan berkesan disamping memastikan proses penggajian berjalan lancar serta mematuhi undang-undang yang tersedia.
Siapa yang patut menghadiri bengkel ini?
Sesiapa yang bercadang untuk memulakan perniagaan atau sudah mula tetapi masih kurang pengetahuan mengenai proses HR, sesi kali ini khas untuk pemprosesan gaji.
Mengapa anda perlu hadir?
Untuk mendapatkan ilmu tentang semua perkara yang diperlukan bagi menjalankan proses penggajian yang lancar tanpa keserabutan dan yang lebih penting adalah penyediaan tahun kewangan pada hujung tahun.
Apa yang anda boleh harapkan daripada bengkel ini?
Anda boleh memahami perkara yang penting dalam menangani pemprosesan gaji. Anda juga dapat memperoleh maklumat terkini mengenai undang-undang pematuhan pentadbiran HR dan mengawal sistem penggajian.
Profil HR Sifu
Nizam Shari
Nizam Shari, pakar HR berpengalaman yang sering berada disebalik tabir membantu semua pelanggan kami. Pakar dalam memberi tips berguna untuk HR admin dan telah membantu lebih dari 3,000 syarikat yang dikendalikan Kakitangan.com.
Dengan pengalaman mengendalikan HR lebih dari 22 tahun, beliau mempunyai kepakaran HR dan Payroll yang mampu membimbing semua SME, terutama tentang perkara yang berkaitan undang-undang dan caruman berkanun.
Beliau kini memfokuskan kepada kursus payroll untuk semua pelanggan Kakitangan.com dan memberi nasihat HR profesional kepada syarikat nasional dan antarabangsa dengan bilangan pekerja dari 5 orang hingga lebih dari 800 orang.
Mengalami Masalah Mengendalikan Payroll?
Tidak pasti peraturan dan undang-undang yang wajib?
Adakah data yang disimpan dalam PC/Server saya akan selamat?
Susah nak mengurus rekod cuti dan tuntutan claims pekerja?
Bagaimana untuk memantau kehadiran pekerja apabila saya (bos) tiada di tempat kerja/kedai?
Kakitangan.com ialah sistem payroll teknologi cloud untuk PKS (SME) yang terkemuka di Malaysia.
Telah memproses gaji melebihi RM8 bilion sejak penubuhan
60,000 pekerja aktif menggunakannya dengan lebih 5,000 permohonan cuti setiap hari
Disokong oleh 18 bank & integrasi dengan pelbagai sistem perakaunan
Penyelesaian berasaskan awan & PDPA diaudit oleh BDO
Apa Kata Mereka Mengenai Kakitangan.com
Dengan Kakitangan, anda pasti tidak akan rugi. Kakitangan menawarkan pengiraan gaji yang sangat mampu milik dan bebas kesilapan.
Warren Lee
KLGadget Creative Media
| Media Publications and Advertising
Betul-betul berbaloi untuk setiap ringgit yang anda belanjakan. Tidak lupa juga, kami telah jimat banyak untuk bayaran HR outsource!
Muhammad Muzammil bin Rahmat
CalaQisya Sdn Bhd
| Fashion and Retail
Kakitangan memudahkan proses sumber manusia syarikat kami yang dahulunya rumit dan mencabar, terutamanya bahagian gaji. Dengan Kakitangan, ianya menjadi mudah.
Rozana Sedek
Greenpeace Southeast Asia Berhad
| Non-profit Organisation