Borang EA / EA Form

Isi Kandungan

  • Apa itu Borang EA?

  • Memahami borang EA

  • Jana Borang EA dengan Kakitangan.com

  • Soalan Lazim

Apa itu Borang EA?

LHDN mentakrifkan Borang EA sebagai Penyata Ganjaran Tahunan untuk pekerja swasta, Dimana ianya termasuk gaji mereka untuk tahun lalu. Borang EA memastikan anda mengisytiharkan jumlah pendapatan dan pengecualian yang betul dan mengesahkan sama ada anda berada di atas gred gaji yang memerlukan anda membayar cukai.


Menurut Seksyen 83(1A) Akta Cukai Pendapatan 1967, majikan mesti menyediakan dan mengedarkan Borang EA sebelum 1 Mac setiap tahun. Kegagalan berbuat demikian boleh didenda RM200 hingga RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan, atau kedua-duanya sekali.

Memahami Borang EA

B1 (a)-(f): Ganjaran, Upah, Gaji Cuti, Yuran, Komisen, Bonus, Perkuisit, Elaun, Cukai Pendapatan, Ganjaran

B2: Jenis pendapatan

B3: Manfaat dalam barangan (BIK) – faedah bukan tunai seperti penyediaan penginapan, kereta syarikat, pemandu, laluan cuti dan banyak lagi.

B4: Nilai tempat tinggal (VOLA)

B5: Bayaran balik daripada Kumpulan Wang Pencen/Simpanan yang tidak diluluskan

B6: Pampasan untuk kehilangan pekerjaan


Nota: Untuk membantu pembayar cukai yang kehilangan pekerjaan akibat wabak yang belum pernah berlaku sebelum ini, had pengecualian cukai pendapatan bagi pampasan kehilangan kerja dinaikkan kepada RM20,000 dan bukannya RM10,000 untuk satu tahun perkhidmatan untuk YA (tahun taksiran) pada 2020 dan 2021.

Jana Borang EA dengan Kakitangan.com

Kakitangan.com dapat membantu melancarkan penjanaan dan pengedaraan slip gaji berserta Borang EA dengan tepat.

Biar sistem kami menguruskan proses gaji anda.

Ketahui lebih lagi

Soalan Lazim

Pemfailan yang automatik dan tepat

hanya dihujung jari anda

Cuba Dengan Percuma